Sunday, 10 November 2013

YJM HEARTWEEK 2013 : KLUANG MALL, KLUANG, JOHOR

LOKASI: KLUANG MALL, KLUANG, JOHOR
TARIKH: 8 - 10 NOVEMBER 2013


Yayasan Jantung Malaysia bersama Kluang Mall Management menganjurkan Program Minggu Jantung Kluang 2013 pada 8 hingga 10 November 2013 bertempat di Ruang Legar, Kluang Mall, Kempen ini mendapat kerjasama dari Lions Club of Kluang dengan bantuan tenaga jururawat dari Kluang Utama Specialist Hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah Kluang.
Seramai 321 orang telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan selama 3 hari kempen ini dijalankan. 


KLUANG MALL, KLUANG, JOHOR
Kluang Mall telah dibuka kepada orang ramai pada 24 Disember 2008. Ia merupakan kompleks membeli belah yang terbesar di bandar Kluang, Johor. Kompleks setinggi 5 tingkat ini dibangunkan oleh Tenaga Nusantara Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan Majupadu Development Sdn Bhd.


PROGRAM MINGGU JANTUNG 
KLUANG 2013




Timbalan Pegawai Daerah Kluang menandatangani buku Tetamu

Persembahan 'J-Robik' (Johor Robik) oleh setaf Klinik 1Malaysia Kluang Johor

KLUANG, JOHOR
Kluang adalah merupakan sebuah Bandar di Johor yang terletak kira-kira 105 km dari utara Johor Bahru. Kluang merupakan Bandar ketiga terbesar di Johor selepas Johor Bahru dan Batu Pahat.
Nama Kluang berasal dari perkataan Melayu “Keluang” iaitu sejenis kelawar besar atau kelawar buah. Haiwan ini dikatakan wujud dengan banyak di daerah Kluang beberapa dekad yang lalu.
Bandar Kluang telah wujud seawall tahun 1910. Lembaga Bandaran Kluang ditubuhkan pada tahun 1920 dengan mempunyai 5,000 orang penduduk. Lembaga Bandar Kluang telah dinaiktaraf menjadi Majlis Bandar Kluang pada tahun 1957 dengan Pegawai Daerah Kluang sebagai Yang DiPertua.
Dengan langkah penyusunan semula Majlis Tempatan, maka pada 1.1.1997 Majlis Bandaran Kluang telah disatukan dengan 5 Majlis Tempatan yang lain bagi membentuk Majlis Daerah Kluang Utara di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara telah diperluaskan dengan merangkumi kawasan seluas 126.5 m persegi dengan penduduknya melebihi 65,000 orang.
Majlis Daerah Kluang Utara dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Kluang pada 31 Januari 2001.



Bersolat Jumaat di Masjid Jamek Kg. Melayu Kluang


HENTIAN REHAT AIR KEROH, MELAKA
Dalam perjalanan pergi dan balik, kami telah singgah makan tengahari di Hentian Rehat Air Keroh di Melaka. 







Zulheimy Maamor
YJM at Kluang Johor
8-10 Nov 2013

No comments: