Sunday, 24 November 2013

PERAK HEARTWEEK 2013 - AEON SERI MANJUNG, PERAK

LOKASI: AEON SERI MANJUNG SHOPPING CENTRE, SERI MANJUNG, PERAK
TARIKH : 22 - 24 NOVEMBER 2013


Yayasan Jantung Malaysia meneruskan program Minggu Jantung 2013 , kali ini di Pusat Membeli Belah AEON Seri Manjung, Bandar Seri Manjung, Perak dengan kerjasama dari AEON Seri Manjung Shopping Centre dan Pejabat Kesihatan Daerah Manjung. 

Seramai 203 orang telah menjalani ujian Saringan Kesihatan sepanjang 3 hari program ini berlansung. 



UJIAN SARINGAN KESIHATAN

Kaunter Pendaftaran

Pameran Poster


Bantuan Tenaga Kerja Jururawat dari Pejabat Kesihatan Daerah Manjung,Sitiawan, Perak


Ujian Kolesterol dan Glukosa


 Mengisi butir-butir diri yang diperlukan untuk Rekod
Mengukur Ketinggian sebelum menjalani ujian Kesihatan

BERTEMU BEKAS ANGGOTA TLDM

Alhamdullillah sepanjang 5 hari berada di Seri Manjung saya telah berkesempatan bertemu dengan beberapa orang bekas anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia yang kini menetap di sekitar Seri Manjung, Perak. Walaupun ada diantara mereka yang saya tidak kenal semasa dalam perkhidmatan dulu kerana berlainan cawangan, namun semangat setia kawan tetap ada kerana kami pernah menyarung uniform yang sama suatu ketika dulu. 

Bersama Sahir Karim, bekas anggota TLDM

Bertemu dengan Bekas Anggota TLDM (Laskar dan Laskarwati)


SEPANJANG PERJALANAN



Seri Iskandar adalah sebuah bandar baru yang terletak di daerah Perak Tengah, lebih kurang 40 km dari bandar Ipoh. Bandar yang berhampiran adalah Tronoh dan Bota. Mengambil sempena nama Sultan Iskandar Shah yang memerintah Perak dari 1918 hingga 1938. 
Di sinilah terletaknya Universiti Teknologi Petronas yang mula beroperasi pada tahun 2003. 
 
Stesen Komunikasi Tentera Laut DiRaja Malaysia, Parit

BANDAR SERI MANJUNG
Daerah Manjung sebelum tahun 1973 dikenali sebagai Daerah Dindings. Di zaman era Penjajahan British, daerah Manjung ketika itu hanya meliputi 3 kawasan utama iaitu Bandar Sitiawan, Bandar Lumut dan Pulau Pangkor. 
Pada tahun 1973, daerah Dindings telah diberi nama baru iaitu Daerah Manjung dan nama itu kekal sehingga kini. 
Pusat Pentadbiran Daerah Manjung terletak di Bandar Baru Seri Manjung yang telah dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) pada tahun 1980'an. 
Daerah Manjung kini meliputi beberapa kawasan bandar iaitu Sitiawan, Lumut, Pantai Remis, Ayer Tawar, Lekir, Pulau Pangkor dan Beruas. Daerah Manjung kini dikenali sebagai Bandar Maritim Negeri Perak sejajar dengan kepentingannya di dalam menyumbang kearah pembangunan maritim yang kaya di sekitar persisiran pantai daerah berkenaan.
Majlis Daerah Manjung telah dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran Manjung pada November 2001. 





SITIAWAN / LUMUT

Bandar Sitiawan dan Lumut adalah pekan yang memang tidak asing bagi saya yang pernah berkhidmat dengan TLDM. Kali pertama menjejakkan kaki ke bandar ini ialah pada tahun 1980 dan saya adalah antara kumpulan pertama TLDM yang dilatih di Pengkalan TLDM Lumut, Perak yang sebelum itu berpengkalan di Woodlands dan Sembawang di Singapura. 
33 tahun telah berlalu...  dari sebuah pekan yang kecil ketika mula menjejakkan kaki di sini , kini telah muncul Bandar Seri Manjung yang semakin pesat membangun. 

Aku beruntung kerana aku adalah antara beberapa insan yang dapat melihat pembangunan pesat sekitar Bandar Lumut, Sitiawan dan Seri Manjung.







No comments: