Saturday, 5 January 2013

YJM COMMUNITY 2013 - FELDA LUBOK MERBAU, KEDAH

Lokasi: Felda Lubok Merbau, Kedah
Tarikh: 5.1.2013
Yayasan Jantung Malaysia memulakan tahun 2013 dengan program Peringkat Luar Bandar, kali ini di Daerah Lubuk Merbau, Kedah. 
Program Kesedaran Penyakit Jantung dijalankan di Dewan Felda Lubuk Merbau, Kedah pada 5 Januari 2013. Sepanjang satu program ini berlansung, seramai 104 orang penduduk Felda Lubuk Merbau telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan. 


Program pagi dimulakan dengan Aktiviti Senamrobik. 


Pameran Poster dari Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah


Ujian Kolesterol dan Glukosa

Jururawat dari Klinik Kesihatan Lubuk Merbau turut membantu program kesihatan




LUBOK MERBAU

Felda Lubok Merbau adalah kawasan penanaman getah dan kelapa sawit yang terletak di Sik, Kuala Nerang , Kedah. Merbau ialah nama sejenis pokok liar yang banyak di kawasan ini terutama di sekitar Sungai Muda. Ia ditadbir oleh pegawai Felda.
Antara kawasan berhampiran ialah Nami, Kampung Sungai Bakap, Ksmpung Jurong dan Kampung Baru Nami. Kawasan ini diairi oleh Sungai Muda . Penduduk membeli-belah di Sik atau di Kuala Nerang.
Kawasan ini dahulu merupakan kawasan hutan tebal yang menjadi tempat persembunyian komunis PKM. Pada 1964, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menjemput peneroka yang terdiri daripada penduduk miskin dan tidak bertanah di kawasan pedalaman. Pada 1968, seramai 178 peneroka ditempatkan di Felda Lubuk Merbau. Kini, terdapat 769 peneroka terdiri daripada peringkat 1 hingga peringkat 9 di FELDA Lubuk Merbau.

 


Zulheimy Maamor
Yayasan Jantung Malaysia
24 Oktober 2013



No comments: