Tuesday, 26 February 2013

HMS MALAYA WOODLANDS, SINGAPURA



Pada 24 Dis 1948, darurat diisytiharkan di Tanah Melayu akibat ancaman pengganas komunis. Menyedari kepentingannya, pihak British mengaktifkan semula Malay Navy dan dikenali sebagai Malayan Naval Forces (MNF). Tarikh 4 Mac 1949 menyaksikan hari perasmian dan penubuhan MNF yang berpangkalan di HMS MALAYA, Woodlands, Singapura.
Active Image
              HMS MALAYA di Woodlands, SingapuraTetamu Istimewa: Commodore Thanabalasingam
menjemput ketibaan Tunku Abd Rahman di
Pangkalan TLDM Woodlands,Singapura pada tahun 1970
Misi utama MNF ialah pengawasan pesisir pantai bagi menghalang pengganas komunis daripada menerima bantuan bekalan melalui jalan laut. Angkatan ini juga diberi tugas mengawal laluan di Singapura dan pelabuhan-pelabuhan lain. MNF turut dibekalkan dengan sebuah Frigat kelas River iaitu HMS Test untuk digunakan sebagai kapal latihan. Pada 29 Ogos 1952, Her Royal Highness Queen Elizabeth (Ratu Elizabeth 2) telah mengurniakan gelaran ‘Diraja’ kepada MNF, menjadikan MNF dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaya (Royal Malayan Navy) atas perkhidmatan MNF yang cemerlang.
Kapal Frigat Kelas River
HMS Dragonfly
Pada 5 Ogos 1955 Ketua Menteri Singapura, David Marshall telah melawat Pangkalan Woodlands. Beliau berasa kagum dengan perkembangan pesat di pangkalan itu. Dalam tahun itu juga, beberapa buah kapal Royal Malayan Navy telah menyertai beberapa siri latihan dengan Royal Navy dan Tentera Laut negara Komanwel yang lain. Tugas yang dilakukan oleh Royal Malayan Navy pada tahun 50an lebih tertumpu kepada mengawal keselamatan perairan Tanah Melayu dan juga Singapura.
Active Image
    Upacara tradisi di Pangkalan TLDM Woodlands, Singapura
Kapal Royal Malayan Navy sentiasa meronda di sekitar kawasan perairan pantai bagi menghalang kegiatan penyeludupan senjata api kepada pengganas komunis. Dalam masa darurat tumpuan rondaan ialah di perairan Pengerang Batu Pahat, kerana kegiatan pengganas komunis dipercayai berleluasa di kawasan tersebut. Sementara itu HMS PELANDOK banyak membantu dalam rondaan di sekitar kawasan pantai Semenanjung Tanah Melayu dan turut memberi bantuan kepada anggota polis dengan membuat tembakan dari laut.
HMS Pelandok
Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, para pemimpin mula memikirkan mengenai keselamatan negara. Peristiwa Tanah Melayu dijajah Jepun pada tahun 1941 telah menjadi pengajaran supaya malapetaka tersebut tidak berlaku lagi setelah negara mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan Tanah Melayu menamatkan penjajahan British dan sekaligus kuasa mutlak berpindah sepenuhnya kepada pemimpin negara. Ini termasuklah juga dalam hal ehwal keselamatan yang masih lagi dirunding bagi menentukan penempatan pasukan tentera di Tanah Melayu. 
Kemerdekaan Pada 31 Ogos 1957
Royal Malayan Navy akhirnya diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Jul 1958. Walau bagaimanapun kuasa pentadbirannya bermula pada 1 Jan 1959. Berkibarnya bendera Tentera Laut Persekutuan secara rasminya menandakan Royal Malayan Navy memikul tanggungjawab untuk mempertahankan perairan Persekutuan. Royal Malayan Navy memulakan tugasnya hanya dengan sebuah pangkalan pusat di HMS MALAYA Woodland, Singapura dan sebuah Armada kecil terdiri daripada sebuah kapal LCT, 2 buah kapal penyapu ranjau (minesweeper) kelas HAM dan 7 buah kapal peronda. Walau bagaimanapun ia terus berkembang sesuai dengan keperluan semasa.
Upacara penganugerahan panji - panji
12 Mac 1966 selepas upacara penganugerahan Panji-Panji Diraja


Sumber:

http://www.navy.mil.my/index.php/component/k2/item/14515-hms-malaya-woodlands-singapura
26.2.2013

No comments: